Terjemahan Terbatas (tatabahasa dan kosakata)

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Assalamualaikum, kita akan sambung mempelajari terjemahan terbatas iaitu terjemahan tatabahsa dan terjemahan kosakata.


iii. Terjemahan Tatabahasa

-Terjemahan tatabahasa adalah terjemahan yang hanya dilakukan berkaitan tatabahasa sahaja dan bahagian-bahagian lain tidak dialihkan. Di dalam kaedah bahasa arab, tatabahasa dipanggil nahu. Sebagaimana yang kita tahu tatabahasa kedua-dua bahasa iaitu bahasa melayu dan bahasa arab adalah berbeza. Oleh itu, dalam terjemahan tatabahasa ini, bahagian tatabahasa yang diterjemahkan dan tidak melibatkan bahagian yang lain.


iv. Terjemahan kosakata

- Iaitu yang dipindahkan hanyalah unsur kosakata bahasa sumber. Unsur-unsur lain tidak dipindahkan. Biasanya berlaku dalam proses belajar bahasa. Di mana kita dapat melihat pengajar akan mengajar mengenai kosa kata sahaja, tidak termasuk bahagian yang lain. Hal ini kerana terjemahan kosa kata agak mudah kerana tidak terlalu panjang dan mudah dipelajari oleh para pelajar.


Alhamdulillah, kita dapat menghabiskan keempat-empat bahagian terjemahan terbatas. Kita imbas kembali 4 pembahagian terjemahan terbatas iaitu:

i. Terjemahan Fonologi                          iii. Terjemahan Tatabahasa
ii. Terjemahan Grafologi                        iv. Terjemahan Kosakata


Kesimpulannya, dapat dilihat bahawa terjemahan terbatas itu hanya dapat diterjemah dengan batasan-batasan tertentu seperti tatabahasa dan kosakata sahaja. Ianya tidaklah diterjemahkan secara menyeluruh di dalam sesebuah bahan teks itu. Diharapkan supaya pembaca dapat memahami penterjemahan terbatas dengan baik Insya Allah. Sekian, Assalamualaikum.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa