Terjemahan Menurut Robert Lado

Assalammualaikum :) 

Robert Lado (1961:33)

Terjemahan ini terbahagi kepada dua iaitu FAKTUAL dan SASTERA. 

Mari kita lihat untuk pembahagian yang pertama dahulu iaitu Terjemahan Faktual.
Terjemahan ini adalah terjemahan sesuatu maklumat yang berbentuk fakta. Antara contoh yang kita ketahui ialah buku, surat rasmi, surat khabar dan banyak lagi. Konsep terjemahan yang digunakan hendaklah sederhana, ringkas dan tidak mengelirukan pembaca. Penggunaan perkataannya juga hendaklah mudah difahami oleh pembaca. Hal ini kerana, terjemahan yang mengelirukan dan tidak difahami oleh pembaca akan mengakibatkan kemudaratan dan kesesatan kepada yang membaca. 

Sekarang ini kita beralih pula kepada pembahagian kedua iaitu Terjemahan Sastera.
Terjemahan sastera ini lebih santai berbanding terjemahan fakta. Terjemahan sastera ini dilakukan untuk kesenian dan keusasteraan. Contohnya prosa, puisi, drama, cerita-cerita dan filem. Terjemahan sastera ini lebih mementingkan keindahn bahasa dan makna bahsa sumber itu. Ini kerana, apabila berlakunya kesilapan dalam menterjemah, pembaca tidak terlalu keliru atau memudaratkan para pembaca. 

Sekian. Terima kasih :) 

Yang benar,
Nur Najiha Najwa bt Tugiran
A164969


Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa