TAKRIF LARAS BAHASA
TAKRIF LARAS BAHASA
Untuk pengetahuan semua, terdapat pelbagai ragam atau variasi dalam
sesuatu bahasa. Dalam sosiolinguistik pula, ragam bahasa yang timbul akibat
penggunaan pelbagai istilah sebagai laras. Kajian yang dibuat oleh ahli sosiolinguistik dan linguistic telah menimbulkan beberapa
pandangan. Antaranya ialah :
à Nik Safiah Karim (1989) : laras bahasa membawa maksod gaya atau cara
penggunaan sesuatu bahasa. Sesuatu bahasa bermaksud variasi bahasa yang telah
dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur.
à Ainon Muhammad (1991) : Laras bahasa membawa maksod
perkataan-perkataan yang digunakan dengan pengertian khusus dalam bidang itu
sahaja. Perkataan ini juga dalam bidang lain tetapi dengan makna yang berlainan
antara satu bidang dengan bidang yang lain. Biasanya perkataan itu terdiri
daripada perkataan biasa.
à Asman
Haji Omar (1987) : Laras bahasa ialah unit-unit khusus dalam penggunaan
bahasa mengikut bidang penggunaannya. Tambahan beliau, setiap bahasa mempunyai
variasi atau kelain tersendiri. Setiap kelaianan dapat dilihat dari sudut
dialek, situasi sosial (dialek sosial – bahasa kasar, bahasa halus, dan bahasa
neutral), tema atau judul (laras bahasa) – laras bahasa sastera, laras bahasa
akedmik dan lain-lain.
à Ure dan Ellis (1977) : menganggap laras sebagai, jenis-jenis
bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan.
à Halliday (1968) : mendefinisikan laras bahasa sebagai
variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi. Bagi beliau, laras bahasa
berubah mengikut situasi
Comments
Post a Comment