Syarat Utama Kelayakan Penterjemah 2
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Pada post kali ini, kita akan sambung mempelajari topik kelayakan menterjemah.
Sebelum ini, kita sudah mempelajari 2 syarat utama kelayakan penterjemah iaitu mengetahui bahasa sumber dan mengetahui bahasa sasaran. Kali ini, kita akan membincangkan lagi 3 syarat utama kelayakan penterjemah. Boleh lihat post sebelum ini bagi mempelajari lagi 2 syarat utama ini.
3. Mengetahui Bidang/Subjek
Penterjemah mestilah mengetahui bidang atau subjek sesuatu bahan yang hendak diterjemah. Hal ini supaya dapat menjamin ketepatan dan kesempurnaan makna yang dipindahkan. Malahan, ianya juga penting dalam penterjemahan teks-teks khusus dan teks-teks sastera.
4. Mengetahui Teori Terjemahan
Ada teori dan kaedah ilmiah yang tersendiri dalam proses penterjemahan. Penterjemah bukan sahaja menterjemah atau memindahkan perkataan sahaja, tetapi perlu memindahkan sekali idea, maklumat dan gaya bahasa, bahasa sumber itu sendiri. Sememangnya, ia memerlukan bantuan ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teori dan kaedah terjemahan.
5. Mengetahui Sasaran Pembaca
Terjemahan yang dilakukan haruslah sesuai dengan pembaca sasaran. Di mana, laras bahasa di antara bahasa sumber dan bahasa sasaran perlu dijaga dengan baik. Contohnya, kalau sasarannya ialah kanak-kanak, maka laras bahasa yang digunakan juga mestilah bersesuaian dengan kanak-kanak tersebut.
Alhamdulillah, kita sudah selesai mempelajari kelima-lima syarat utama kelayakan penterjemahan. Insya Allah kita akan sambung bincang topik ini pada masa yang akan datang. Sekian, Assalamualaikum w.b.t.
Comments
Post a Comment