Syarat Tambahan dan lain-lain Kelayakan Penterjemah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah kerana kita masih diberi pinjaman daripada Allah untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Insya Allah kita akan menyambung lagi topik kelayakan penterjemahan dan akan menghabiskannya dengan baik biiznillah.
Syarat Utama Kelayakan Penterjemah:
1. Mengetahui bahasa sumber 2. Mengetahui bahasa sasaran
2. Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemah 4. Mengetahui teori terjemahan
5. Mengetahui sasaran/khalayak pembaca
Syarat Tambahan
Antara syarat tambahan untuk penterjemah:
1. Mempunyai fikiran yang terbuka - Fikiran yang terbuka amat penting bagi seseorang penterjemah agar penterjemahan itu diterjemah dengan baik dan relevan.
2. Ingatan yang baik - Sememangnya ianya sangat penting untuk pernterjemah itu mempunyai daya ingatan yang baik dan tidak mudah lupa. Hal ini bagi memastikan keaslian terjemahan itu sendiri.
3. Minat yang mendalam - Minat untuk menterjemah haruslah dimiliki oleh para penterjemah supaya mereka tidak begitu tertekan untuk menterjemah apabila mengalami sesuatu masalah dan dapat menyelesaikannya dengan baik.
4. Boleh bekerja sendiri - Penterjemah boleh bekerja sendiri dan mengendalikan dengan mahir.
5. Tidak malu bertanya - Sangat penting supaya dapat mengelakkan dari sebarang kesalahan dan kecacatan pada bahan terjemahan itu.
6. Jujur dan Amanah - Sifat yang harus ditanam dalam setiap penterjemah. Kita harus amanah dengan setiap ilmu yang dipelajari agar mendapat keberkatan daripada ilmu tersebut.

Comments
Post a Comment