SERONOKNYA BELAJAR TERJEMAHAN ARAB-MELAYU-ARAB!!!

بسم الله الرحمان الرحيم


Assalamualaikun w.b.t. Syukur kepada Allah subhanahu wa taala kerana dengan izinNya saya masih lagi diberi peluang oleh Allah untuk beribadah dan berusaha mencari redha dan barakah dariNya. Pada post kali ini saya tidak akan berkongsi tentang pengisian atau maklumat mengenai pengajian Terjemahan Arab-Melayu-Arab(TAMA) ini, tetapi ini menceritakan pengalaman saya belajar ilmu TAMA ini dan keseronokan dan mempelajarinya.

Sebagaimana yang kita tahu, subjek ini diajarkan kepada para pelajar khususnya mahasiswa Pengajian Arab dan Tamadun Islam adalah untuk membantu mereka menguasai kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Melalui subjek ini, para mahasiswa bukan sahaja akan dapat memperkukuhkan lagi ilmu bahasa yang sedia ada, malahan menambahkan ilmu baru khususnya dalam ilmu penterjemahan. Bagi saya, ianya sangat seronok kerana kita dapat mempelajari bahasa asing dan hal ini akan membantu kita sekiranya kita ingin berkomunikasi dengan orang asing. 

Pada masa kini, Bahasa Arab merupakan antara bahasa perantaraan yang penting dalam kehidupan sekarang. Ramai masyarakat dari seluruh dunia cuba untuk mempelajari bahasa Arab kerana kepentingannya yang tersendiri. Maka, kita sebagai umat Islam sendiri digalakkan untuk mempelajari ilmu bahasa Arab kerana Al-quran diturunkan dalam bahasa Arab. Dengan mempelajari bahasa Arab dan mengetahui teori, kaedah dan ilmu untuk menterjemah, Insya Allah sedikit sebanyak kita boleh memahami isi Al-Quran itu sendiri sekaligus mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla.

Akhir kata, saya amat bersyukur kerana dapat mempelajari subjek Terjemahan Arab-Melayu-Arab(TAMA) dan berharap dapat beramal dengan ilmu yang telah dipelajari ini dan disebarkan dengan luas kepada orang lain agar mendapat pahala yang berterusan daripada Allah, Insya Allah. Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Ciri-ciri Laras Bahasa

TERJEMAHAN MENURUT PETER NEWMARK