PROSES PENTERJEMAHAN 3

PROSES MENSTRUKTUR SEMULA


Assalamualaikum w.b.t...

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kita masih mampu berpuasa hingga ke hari ini. Saya akan teruskan lagi perkongsian dalam proses penterjemahan. 

Langkah ke-3 dalam proses penterjemahan ialah PROSES MENSTRUKTUR SEMULA. Dalam proses ini, teks yang telah diterjemah tadi perlu di struktur semula mengikut struktur bahasa sasaran. Dalam aspek ini, gaya memainkan peranan penting. gaya bahasa yang digunakan perlulah lebih memudahkan pembaca memahami teks terjemahan tersebut dengan mudah.

Selain itu, struktur ayat yang digunakan dalam penterjemahan hendaklah mudah dan ringkas. Ayat hendaklah jelas iaitu mudah difahami pembaca. Tanda baca yang digunakan dalam teks juga perlulah digunakan dengan betul dan baik. 

Sekian, terima kasih.   

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa