PROSES PENTERJEMAHAN 2


PROSES PEMINDAHAN

Assalamualaikum w.b.t.....

Alhamdulillah...kita masih lagi mampu bernafas dan membaca lagi pada hari ini sebaik sahaja bangun dari tidur. Oleh itu, saya akan teruskan lagi dengan langkah seterusnya dalam proses penterjemahan iaitu PROSES PEMINDAHAN. 

Proses Pemindahan ini merupakan proses yang paling penting. Hal ini kerana seseorang penterjemah perlu mencari padanan terjemahan yang sesuai, sepadan dan tepat. Dapat mencari terjemahan sesuatu perkataan dengan tepat adalah lebih baik. 

Setelah memperoleh padanan yang tepat dan sesuai, sesuatu ayat atau teks tersebut perlu dipindahkan kepada bentuk bahasa sasaran. namun begitu, ketika pemindahan, kadang-kadang berlaku sedikit ketidakselarasan atau kurang kesesuaian makna dan konotasi dalam sesuatu ayat. 

Kerana hal inlah menunjukkan betapa pentingnya mencari terjemahan yang sesuai atau tepat. hal ini bagi menghasilkan satu bentuk terjemahan yang diyakini dn boleh dijadikan rujukan kepada orang lain.

Semoga dapat memahami apa yang saya cuba sampaikan.
Sekian, terima kasih. 

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa