PROSES PENTERJEMAHAN 1

PROSES ANALISIS


Hai..Assalamualaikum dan selamat pagi..

Baiklah, pada post kali ini, saya akan sentuh tentang proses penterjemahan yang pertama seperti yang dijanjikan. Seperti jadual atau 'flow' yang saya pernah tulis pada post sebelum ini, proses penterjemahan yang pertama ialah PROSES ANALISIS.

Proses Analisis ini ialah satu proses di mana setelah memperoleh teks sumber, seseorang penterjemah perlulah membaca dengan teliti dan fahami teks sumber tersebut. Proses ini sekadar berlaku dalam fikiran penterjemah sahaja bagi mendedahkan apa isi kandungan atau perkara penting yang ingin disampaikan dalam teks sumber tersebut. 

Hal ini juga melibatkan pencarian makna perkataan atau ayat dalam teks sumber melalui kotak memori penterjemah mahupun makna dari kamus. Makna yang perlu dicari dalam teks sumber ialah contohnya seperti makna dari sudut perkataan, ayat mahupun seluruh wacana. Umumnya, terdapat pelbagai ciri istimewa bahasa sumber seperti dari sudut idiom atau peribahasa. 

Kesimpulannya, proses analisis amat penting kepada penterjmah kerana ianya sebagai pendedahan awal kepada penterjemah untuk menterjemah dan memahami sesuatu teks sumber dengan baik. Oleh itu, proses ini turut dikenali sebagai proses membaca dan memahmkan penterjemah. 

Sekian, terima kasih.  

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa