Syarat Utama Kelayakan Penterjemah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah saya masih diberi peluang untuk menulis blog ini yang berkaitan dengan Terjemahan Arab-Melayu-Arab. Insya Allah kali ini kita akan mendalami lagi topik yang berkaitan dengan Syarat Kelayakan Penterjemah.
Sebagaimana yang dimaklumkan dalam post sebelum ini, terdapat 5 syarat utama seseorang itu layak untuk menterjemah sesuatu perkataan, frasa, ayat atau teks, iaitu:
1. Mengetahui bahasa sumber 2. Mengetahui bahasa sasaran
2. Mengetahui topik/subjek yang akan diterjemah 4. Mengetahui teori terjemahan
5. Mengetahui sasaran/khalayak pembaca
1. Mengetahui Bahasa Sumber
Seseorang yang ingin menjadi penterjemah yang baik dan layak untuk menterjemah adalah penterjemah itu perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai bahasa sumber. Di mana, penterjemah perlu mengetahui selok-belok keganjilan dan keistimewaan bahasa sumber kerana setiap bahasa mempunyai ciri atau bentuk ayat yang berbeza-beza. Maka, penterjemah mesti dapat membezakan makna di antara bahasa sumber dan bahasa sasaran dan dapat mentafsirkan maksudnya dengan setepat yang mungkin.
2. Mengetahui Bahasa Sasaran
Penterjemah juga mestilah mengetahui bahasa sasaran dengan mahir dan baik. Hal ini bagi memastikan makna dari bahasa sumber itu dapat dicapai dari bahasa sasaran yang telah diterjemahkan dengan setepat yang mungkin. Penterjemah perlu mengetahui bahasa sasaran dengan baik sama seperti mengetahui bahasa sumber. Perkara ini perlu ditekankan agar tidak berlaku percanggahan di antara kedua-dua bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Insya Allah, kita akan sambung mempelajari topik kelayakan terjemahan ini pada post yang akan datang. Sekian, Assalamualaikum.

Comments
Post a Comment