10 PEMBAHAGIAN CIRI-CIRI LARAS BAHASA


10  PEMBAHAGIAN CIRI-CIRI LARAS BAHASA

1)      Laras bahasa perniagaan/iklan
= merupakan bahasa fakta/ ringkas/ pendek tetapi terperinci. Menggunakan bahasa secara kreatif/ imaginasi penterjemah. Menggunkan slogan dan cara penyampaian menarik, mesra. Perlu focus pada susunan kata bukan tatabahasa.
Contoh slogan : TV9 dekat di hati/ Siti Nurhaliza dan Pantene

2)      Laras bahasa Sains
= merupakan bahasa formal, intelektual dan saintifik. Perlu menggunkan fakta yang jelas dan tepat.

3)      Laras bahasa media massa
= merupakan berita  yang menggunkan bahasa ringkas/ mempunyai tafsiran/ secara petikan. Padat isi atau maklumat tersebut/ tidak teknikal khusus.
Contoh berita : Negeri Sembilan Juara Malaysia/ Memasak/ Tazkirah

4)      Laras bahasa wacana
= bersifat umum/ berbentuk laporan. Digunakan bahasa ini untuk menyampaikan idea tentang isu. Bahasa yang mudah difahami.

5)      Laras bahasa undang-undang
= menggunakanistilah undang-undang/ istilah pinjaman Inggeris. Tidak perlu mementingkan struktur ayat sebab ia perlu ditekankan kepada sebab yang jelas.

6)      Laras bahasa Agama
= membincangkan isu agama. Kebanyakkan mengambil ayat-ayat dari al-Quran/ Hadis. Terdapat juga kiasan Arab.

7)      Laras bahasa sukan
= maklumat berkaitan dengan kegiatan sukan. Menggunkan bahasa yang ringkas, bershaja dan jelas. Menggunkan kosa kata dan istilah sukan yang difahami.

8)      Laras bahasa sastera / kreatif
= tercetus dari imaginasi, figurative (kiasan) dan pengalaman penulis. Ia lebih mementingkan istilah-istilah khusus yang berkait dengan sastera.

9)      Laras ekonomi
= berbentuk ilmiah, istilah-istilah teknikal. Tidak mementingkan struktur ayat dan bersifat formal. Setiap fakta perlu dihuraikan berdasarkan bukti dalam bentuk data dan statistic

10)  Laras bahasa akedemik

= melibatkan ilmiah/ secara formal/ menggunkan bahasa yang matang. Kebiasaanya terdapat jurnal, prosiding, makalah dalam bidang tertentu sahaja.

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Terjemahan petikan Arab Melayu tentang pekerja asing

Ciri-ciri Laras Bahasa