LARAS BAHASA
Laras bahasa
Assalamualaikum, kembali lagi dalam mempelajari terjemahan
Arab-Melayu-Arab. Sekarang saya akan ceritakan serba-sedikit tentang cara
menggunakan “laras bahasa”. Sebelum pergi jauh, lebih baik kita
mengetahui apa yang dimaksudkan dengan laras bahasa. Ini menujukkan variasi
bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap
penutur. Dengan kata lain, perkataan-perkataan yang digunakan dengan membawa
makna khusus dalam bidang masing-masing. Kebiasannya, perkataan itu terdiri
daripada perkataan biasa.
Contoh : bahasa yang digunakan dalam ulasan bola berbeza dengan bahasa
yang digunakan dalam bidang masakan.
Selain itu, terdapat 2 ciri laras
bahasa iaitu :
·
Ciri-ciri keperihalan. Mempunyai 2 jenis
iaitu :
I.
Situasi luaran yang bermaksud latar
belakang social dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
II.
Situasi persekitaran yang bermaksud aspek
yang terlibat dalam cara percakapan/ hubungan social dan peribadi/ bahasa yang
diperkatakan/ rasmi atau tidak rasmi
·
Ciri-ciri linguistik. Yang bermaksud
unsur-unsur sistem bahasa itu seperti aspek bunyi/perkataan/frasa/ayatnya
Banyak lagi yang berkaitan tentang karas bahasa ini, seperti ciri-ciri
dan jenis laras bahasa yang banyak merangkumi untuk difahami. Mungkin itu akan
dibincangkan kemudian hari.. terima kasih kerana membaca. Komen anda sangat
dialukan.. terima kasih J
Comments
Post a Comment