TERJEMAHAN MENURUT PETER NEWMARK


TERJEMAHAN MENURUT PETER NEWMARK

Menurut pandangan Peter Newmark, terjemahan dibahagikan kepada 2 jenis iaitu komunikatif dan semantik. Mari kita lihat,definisi kedua-dua  perkara tersebut.

1.      Terjemahan Komuikatif atau dikenali sebagai terjemahan bebas. Terjemahan ini mempunyai ciri-ciri khas iaitu :
·         Menghasilkan kesan kepada pembaca seperti kesan yang sama apabiila membaca teks asal.
·         Lebih memberi perhatian kepada pembaca kedua
·         Mementingkan budaya bahasa sasaran
·         Mementingkan fungsi
·         Masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu.
·         Terjemahan lebih lancer, mudah, lebih jelas, lebih langsung, dan menggunkan istilah yang umum.
·         Menulis menggunkan bahasa sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal.
·         Boleh membaiki jika terdapat kesalahan pada terjemahan tersebut.
·         Berhak membetulkan kesilapan fakta dan sesuatu yang tertinggal dari teks asal.
·         Mencatatkan apa yang perlu dilakukan dalam nota kaki.
·         Pembaca teks sasaran mengandalikan diri mereka sama dengan pembaca teks sumber.


1.      Terjemahan semantik yang cuba menghuraikan makna konteks yang terdapat dalam teks asal secara tepat, yang dibenarkan oleh struktur semantic dan sintaksis bahasa sasaran. Terjemahan ini mempunyai ciri-ciri khas iaitu :
·         Banyak berkisar dalam budaya asal
·         Mementingkan makna
·         Mementingkan bahasa sumber
·         Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam
·         Mementingkan bahasa yang mengandungi maklumat yang banyak.
·         Mutu terjemahan kebiasaannya rendah yang menyebabkan sumber makna teks sumber hilang.
·         Cuba mengekalkan idiolek penulis.
·         Bersifat luas dan sejagat.

·         Berbicara dengan semua pembaca atau pendengar.

Comments

Popular posts from this blog

Kata Ganti Nama

Ciri-ciri Laras Bahasa