Faktor Yang Mempengaruhi Penterjemah
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Kali ini kita akan mempelajari faktor yang mempengaruhi penterjemah
Antara faktor yang mempengaruhi penterjemah dalam menterjemah sesuatu bahan adalah pengaruh sifat peribadi penterjemah ke atas dirinya sendiri. Iaitu perasaan, prasangka, nilai, selera dan sikap tertentu. Di mana penterjemah terbelnggu oleh pandangan yang subjektif terhadap pengarang dan teks yang sedang diterjemah. Oleh sebab itu, ia mempengaruhi penterjemah sekaligus memberi kesan kepada bahan terjemahan itu.
Selain itu, masalah peribadi juga antara faktor yang mempengaruhi penterjemah. Penterjemah tiada objektif yang tetap terhadap maklumat dalam teks asal. Malahan, penterjemah juga tidak memahami ciri-ciri alamiah bahasa. Di samping itu juga, wujud anggapan yang salah berkenaan dengan tugas-tugas penterjemah dan matlamat terjemahan. Malahan, terdapat juga penterjemah yang terlalu yakin kepada bahasa sendiri. Mereka tiada keinginan untuk mengekalkan misteri sesuatu bahasa tersebut. Dan ada juga penterjemah yang tidak memahami proses komunikasi bahasa.
Maka, kesimpulannya, tugas menterjemah bukanlah suatu tugas yang mudah. Penterjemah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai syarat dan kebolehan sebelum berupaya menterjemah sesebuah teks dengan baik. Semua syarat ini tidak mungkin dapat dipenuhi dengan mudah. Walaupun begitu, semua ini boleh dicapai andainya penterjemah rajin berusaha, tidak mudah mengalah untuk belajar dan berlatih untuk mempertingkatkan kemahiran yang ada.
Sekian, diharapkan ilmu yang diberikan ini dapat dikongsikan bersama dan melahirkan generasi yang mahir dan mampu untuk menterjemah bukan satu atau dua bahasa, tetapi pelbagai bahasa asing yang lain. Assalamualaikum.

Comments
Post a Comment