Ciri-ciri Laras Bahasa
Assalammualaikum dan selamat pagi.
Pada hari ini saya akan mengupas mengenai ciri-ciri laras bahasa. Cirinya hanya ada dua faktor sahaja iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa dan ciri linguistik.
Mari kita lihat ciri yang pertama iaitu ciri keperihalan sesuatu peristiwa.
Ciri keperihalan ini pula terbahagi kepada dua jenis:-
- situasi luaran
Situasi ini ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa.
- situasi persekitaran
Situasi ini pula ialah aspek yang terlibat dalam penggunaan bahasa yang terbahagi kepada empat faktor yang boleh kita lihat ;
1. Cara penyampaian iaitu melalui lisan, bertulis mahupun bahasa isyarat
2. Hubungan sosial dan hubungan peribadi antara pengguna bahasa
3. Bahan yang diperkatakan dalam situasi itu
4. Fungsi-fungsi sosial perlakuan bahasa sama ada rasmi ataupun tidak rasmi
Sekarang kita lihat pula ciri yang kedua iaitu ciri linguistik.
Linguistik ialah kajian saintifik tentang bahasa. Jadi, maksudnya disini ciri linguistik ini bermaksud unsur dalam sistem bahasa iaitu:-
Aspek bunyi -- nada suara (drama, ucapan)
Aspek perkataan -- perkataan khusus berdasarkan bidang, unsur kolokasi (dua perkataan yang berkaitan), perkataan pinjaman
Aspek ayat -- dari segi binaan ayat, susunannya dan panjang atau pendek ayat itu.
Semoga bermanfaat!

Comments
Post a Comment