Menterjemah Kata Nama Khas
Assalammualaikum dan selamat pagi :) Pada hari ini saya akan berkongsi mengenai bagaimana kita untuk menterjemah kata nama khas. Kata nama khas ini dalam penulisan Bahasa Melayu, huruf yang pertama itu mestilah dimulakan dengan huruf besar. Hal ini kerana untuk membezakannya dengan kata nama am. Kata nama khas dalam Bahasa Melayu terbahagi kepada dua bahagian sama ada hidup iaitu manusia dan binatang atau tidak hidup sepeti nama tempat. Penterjemahan kata nama khas bagi nama orang atau objek yang tidak mempunyai makna ataupun berada di luar bahasa, maka kata nama itu tidak perlu untuk diterjemahkan. Seperti kebiasaannya, nama orang hanya peru dipindahkan sahaja ke bahasa sasaran, tidak perlu diterjemah satu persatu nama tersebut. Contohnya: 1. علي (Ali) 2. محمد (Muhammad) 3. فاطمة (Fatimah) Akan tetapi, jika kata nama khas itu dalam Bahasa Inggeris(BI), penterjemah perlu sesuaikan kata nama itu dalam Bahasa Melayu(BM). Contoh; Alexander The Great(BI) diterjemah الإسكندر ...