Posts

LARAS BAHASA

Image
Laras bahasa Assalamualaikum, kembali lagi dalam mempelajari terjemahan Arab-Melayu-Arab. Sekarang saya akan ceritakan serba-sedikit tentang cara menggunakan “ laras bahasa ”. Sebelum pergi jauh, lebih baik kita mengetahui apa yang dimaksudkan dengan laras bahasa. Ini menujukkan variasi bahasa yang telah dipilih daripada sekumpulan variasi yang ada pada setiap penutur. Dengan kata lain, perkataan-perkataan yang digunakan dengan membawa makna khusus dalam bidang masing-masing. Kebiasannya, perkataan itu terdiri daripada perkataan biasa. Contoh : bahasa yang digunakan dalam ulasan bola berbeza dengan bahasa yang digunakan dalam bidang masakan. Ini merupakan gambar rajah tentang perbezaan Laras Bahasa. Selain itu, terdapat 2 ciri   laras bahasa iaitu : ·          Ciri-ciri keperihalan. Mempunyai 2 jenis iaitu :                 ...

JENIS-JENIS DAN CIRI-CIRI TERJEMAHAN

Assalamualaikum w.b.t... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kita masih diberi peluang untuk terus bernafas serta meneruskan peranan kita sebagai seorang khalifah di muka bumi ini. Dan pada hari ini juga, saya berbesar hati untuk berkongsikan sedikit tentang terjemahan iaitu jenis-jenis dan ciri-ciri terjemahan yang ada. Secara umumnya, terjemahan terbahagi kepada dua jenis iaitu : 1. Terjemahan Lisan (terjemahan secara lisan/percakapan). 2- Terjemahan Tulisan (terjemahan secara bertulis). Kemudian kita teruskan lagi dengan mengenalpasti ciri-ciri kedua-dua terjemahan ini. 1. Terjemahan Lisan dilakukan secara langsung, cepat dan tepat tidak boleh berhenti walau sekejap bagi membaiki sebarang kesalahan atau ketepatan penterjemah disyaratkan supaya mampu berbicara dengan fasih/lancar dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran penterjemah perlulah berpengetahuan luas, dikenali sebagai interpreter dan mampu mentafsirkan apa sahaja penterjemah juga perlu menjalani latihan yang ...

MENTERJEMAH PERIBAHASA ARAB

 Assalamualaikum. Berbalik pada objektif penubuhan blog ini. saya akan berkongsi sedikit ilmu berkaitan cara menterjemah apabila berjumpa dengan peribahasa  Arab ( Mathal ). Perlu diketahui 3 jenis peribahasa dahulu sebelum menterjemah dari arab ke malayu.  3 Jenis Peribahasa  adalah : i)   al-Mathal al-Mujaz (peribahasa ringkas). Ringkas disini membawa maksud, yang mudah diterjemah dan sedikit perkataan.. Contoh : السرّ آمانة  dan الحرب غشوم dan sebagainya. ii) al-Mathal al-Qiyasiy ( crita/kisah yang menerangkan tentang sesuatu perkara yang selalunya diumpamakan berdasarkan qiyas/perbandingan). Contoh : إن من البيان لسحراء dan sebagainya. iii) al-Mathal al-Khurafiy (peribahasa yang dibuat oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang/ cerita-cerita khurafat yang tersebar pada kehidupan mereka).

PENDAHULUAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Proses penterjemahan mempunyai suatu kepentingan yang diperlukan di dalam kehidupan. Di mana kita dapat melihat proses penterjemahan ini telah berlaku dari zaman dulu lagi. Misalnya, pada zaman Kerajaan Abbasiyyah, proses penterjemahan ini tertumpu di Baitul Hikmah, iaitu perpustakaan atau gedung ilmu yang menyimpan beribu-ribu buku dan karya-karya ilmiah daripada cendekiawan-cendekiawan bukan sahaja orang Islam, malahan buku-buku dari Parsi dan Yunani. Kuliah Terjemahan Arab-Melayu-Arab ini sedikit sebanyak membantu para mahasiswa untuk lebih mahir dalam membuat penterjemahan tidak kira sama ada di buku atau komunikasi dalam kehidupan seharian, sekaligus memudahkan lagi proses pertukaran pendapat atau perkongsian ilmu di antara para ilmuan di dunia ini. Ianya bukanlah suatu yang mudah, tetapi kita perlu berusaha untuk meningkatkan mutu diri kita dan menjadi manusia yang lebih berkualiti di samping mencari redha tuhan yang...

PENGENALAN

Bismillahirrahmanirrahim, ini adalah blog untuk kelas terjemahan Arab-Melayu-arab di Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Bangi, Selangor. Kami merupakan pelajar Tahun 1 di Fakulti Pengajian Islam, Pusat Rantau Timur Tengah dan Nusantara. Blog ini bertujuan untuk memberi perkongsian tentang pengajian kami yang berkaitan dengan terjemahan Arab dan Melayu di mana kita dapat mengkaji cara atau kaedah terjemahan yang dilakukan oleh ahli bahasa dalam menterjemahkan dari satu bahasa(bahasa sumber) ke satu bahasa(bahasa sasaran) yang lain. Ahli-Ahli Blog Terjemahan Arab-Melayu-Arab: 1. Muhammad Sohail Nureddin Bin Abdul Manan (A164242) 2. Nur Najiha Najwa Binti Tugiran (A164969) 3. Norsyafika Binti Muhammad Shahril (A166564) 4. Nur Syafiqah Putri Binti Kamal Azam (A164074)